Sabtu, 21 Disember 2013

selesai...

bahulu pecah 8 original

Alhamdulillah.. dengan izinNya dpt kami menyiapkn order 2 customer pada minggu lepas.  Terima kasih kepada Halimah dr jerteh, besut n Linda dari Felda chalok barat, setiu.Pengantin baru,Halimah order 5 pcs/pack bahulu cermai original. Pn Linda pula bahulu pecah 8 original dengan kotak readymade pink yang terkini.
5 pcs bahulu cermai original/ pack

Jumaat, 13 Disember 2013

kotak readymade baru dah saampaii....

Kepada pelanggn kami yg dhormati... kami d homemade bahulu sedia mmbntu anda yg inginkn bhulu sbg doorgift dgn hg patut. Kotak readymade baru bewarna pink dgn ucapn trima kasih dr kami sekeluarga tlhtiba. Hubungi kami utk pesnn segera. Pasti memuaskn hati anda. In sha ALLAH.

Khamis, 5 Disember 2013

Hujan oh Hujan....

Lame dh x updated...

Sebelum tue kami di Homemade Bahulu turut bersimpati kepada saudara-saudara kita yang sedang berhadapan dengan banjir yang kami lihat agak drastik dan lebih hebat ..... Allah Maha Kuasa .. mohon kepadanya ditenteramkan hati dan banyakkan bersabar.

Kami juga turut merasa tempiasnya apabila berhadapan cabaran menghantar pesanan di musim hujan ini.

Alhamdulillah bulan November dengan izinNya dapat kami selesaikan order customer. Thanx pada Aizan dari UMT untuk majlis bacaan Yassin dan sahabat masa belajar dulu2. Nani Kecik. Semoga bahagia sehingga Jannah. Sayang Uolls...

Ahad, 20 Oktober 2013

Cuti sekolah semakin hampir.... JOM ORDER!!!

sedar x sedar cuti sekolah tinggl beberapa hari ajer lg... so geng bahulu tgh kemaskini tempahan. Bulan Oktober ni dari Ida dan Nani - confirm. Saidatul Disember plak... regular customer still diteruskan.... Jgn malu n segan...tempahan masih lagi dibuka.. Terbaikkkk dari kami di Homemade Bahulu.

Jumaat, 6 September 2013

Minyak Naik 20 Sen........Harga bahulu tetap sama

Kepada semua pelanggan dan perminat bahulu......kami di homemadebahulu merasai kenaikan harga petrol baru-baru ini........namun harga bahulu kami tetap sama seperti sebelumnya......Jom Oder BAHULU dengan kami.....pasti puas hati.

Isnin, 2 September 2013

Selasa, 27 Ogos 2013

Tempahan Bahulu Masih Dibuka...

Ok cume nak inform kat uolls di luar sane... Nak naik pelamin? ade majlis kesyukuran dsb mase cuti sekolah.. cepat book tarikh ngan kami kerana mase2 nie tempahan yang kami sgt terhad... bagi uolls yg ade di sekitar Terengganu sgt dialu-alukan kerana harga yang kami tawarkan sangat berpatutan.
 November 2013 nie telah ade 2 senarai menunggu.. dan tempahan masih dibuka...

Kami juga dpt kepercayaan dari friend to friend.. bhs rojak tue. Maksudnye customer baru kami adalah tetamu kepada customer yang order Bahulu Pecah 8 kami sbg doorgift majlis kawinnya... Thanks a lot Kak Ariati... semoga keikhlasan kami mendapat keberkatanNya. Alhamdulillah.

Ahad, 25 Ogos 2013

Kotak Bahulu Pecah 8

Ini antara kotak2 bahulu pecah lapan yang di request oleh customer kami. Bagi order >1k, uolls boleh pilih sendiri kotak dan masukkan nama pengantin beserta gambar sekali.Kotak ready made juga ade.untuk order yang <1k dengan kos yang murah. 






Selasa, 20 Ogos 2013

SELAMAT HARI RAYA ....

Masih belum terlambat untuk kami mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua umat Islam. Eratkan silaturahim sesama keluarga, sanak saudara rakan2 dengan ziarah menziarahi. Raikan juga dengan Bahulu keluaran Homemade Bahulu !!!!!

Kami mohon Maaf Zahir & Batin jika terdapat kekurangan di dalam usaha kami untuk menyediakan yang terbaik dalam produk keluaran kami. Sesungguhnya teguran yang membina amat kami alu-alukan supaya dapat dijadikan semangat dalam meningkatkan keluaran produk Bumiputra!!!

Dalam kemeriahan menyambut raya, kami juga dapat berkongsi kegembiraan dengan customer dari Bukit Tunggal, Cikgu Ariati yang selamat disunting menjadi permaisuri hati juga seorang cikgu. Tahniah dan terima kasih di atas tempahan bahulu perisa OREN. Nyumm..nyumm... juga x lupa kepada kak Shita, Sister, Jannah, Syahiron, kak Hasnah, Cikgu Siti, akak kt Tg Bunut n Kak Siti. Diorang nie repeat customer kami. 





Ahad, 23 Jun 2013

Kek Lapis in d House...

Wah!! pose dh nk dekat.. n Raye akan sampai selpas berakhirnya Ramadhan.. Ape nk dihidang kepada tetamu yang datang?? Kami di Homemadebahulu akan giat mengeluarkan kek lapis pelbagai jenis perisa..

Harga : RM 60 = 1.2 kg n
            RM 30 = 600 g

Cepat-cepat hubungi kami... anda pasti merindui rasenye.. x yah order jauh-jauh lagi:>

tapi tidak dilupakan bahulu sebagai produk UTAMA kami !!!!!

Rabu, 12 Jun 2013

cepattt.. block tarikh dengan kami

Alhamdulillah.. rezeki masuk mase cuti sek. yerlah majlis kawin memng sinonim ngn cuti sek.. mase nielah leh kumpul sedare mare.. sesape yg berminat leh contact kami utk block tarikh sbb kami limited customer still dibuka kpd tempahan... nk sample?? bolehhh.:>

Ahad, 9 Jun 2013

Fuuuhhh.... selesai

mulai 24.5.13 hingga 31.05.13 kami di Homemade bahulu berhempas pulas menyiapkan order dr customer. x de gmbar yg di snap.. sgt bz n Alhamdulilah akhirnya dpt kami siapkan tempahan.semoga berpuashati Kak Yah dr Gong Badak, Izati dr Manir, Kak Siti dr Kuala Berang n en. man bt rakit . Semoga berpuashati n bersama-sama menikmati kelembutan dan kesedapan bahulu ( bahulu berperisa oren, pisang, pandan n filling blueberry n cermai) dari Homemade Bahulu. sayang uolss..

Sesape yang berminat boleh deal awal utk block date.

Khamis, 16 Mei 2013

Barisan Kabinet Baru

Tahniah buat mereka yang berjaya, jalankan tanggungjawab anda tanpa mengira fahaman politik masing-masing. Jalan lupa oder bahulu dengan kami heeehee.

Isnin, 6 Mei 2013

Ahad, 5 Mei 2013

Jom...Kita mengundi......

Selamat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada hari ini.....5 Mei 2013

Isnin, 29 April 2013

pelbagai bahulu sempena majlis perkahwinan ... cuti sekolah hampir tiba

Masih mencari apa nak diberi sbg doorgift?? x yah susah2x pk... oder bahulu ngan kami.. pasti tetamu akn suka dgn keenakan & kelembutannya.. hanya di Homemadebahulu... heh! memang kene promote our product.. sy sendiri sukkn tekstur n rasenye...

cuti sekolah bakal menjenguk... kami masih lg membuka tempahan !!!! cepat..jgn tunggu lg... dlm senarai ialah bahulu pecah 8 pelbagai perisa... perisa oren, pisang n blueberry. Siap ngan kotak yang direka dgn begitu cantik sekali. uolls bo pilih bahulu ape yg dipkrkan berkenan di hati.

ok! check it out!:>

Ahad, 21 April 2013

Penamaan Calon PRU 13......Jom oder Bahulu

Semalam atau 20 April 2013, proses penamaan calon telah berjalan dengan sempurna. Kami di homemadebahulu mengucapkan syabas kepada semua calon PRU 13 dan bermulalah kempen pilihanraya. Jangan lupa keluar mengundi pada 5 Mei 2013....tunaikan tanggungjawab anda.....buatlah pilihan mengikut pilihan hati masing-masing....jangan lupa jom oder bahulu dengan kami atau di homemadebahulu.

Jumaat, 12 April 2013

PRU 13.......JOM PAKAT KELUAR MENGUNDI PADA 5 MEI 2013

PRU 13....semua warganegara yang berkelayakan dan layak mengundi.....jangan lupa tunaikan tanggungjawab anda.......jom pakat mengundi pada 5 mei 2013......undi-undi juga....bahulu jangan pulak lupa oder....heeeheeee

Ahad, 7 April 2013

bahulu perisa oren, nenas, pisang dan pandan

kami di Homemadebahulu bersedia menerima tempahan bahulu berperisa. perisa yang cukup mendapat sambutan ialah perisa oren, nenas dan pisang. tunggu apa lagi, call kami sekarang n anda akan berpuashati dengan rasanya yang sungguh sedap dan teksturnya yang gebu..NYummm...

Khamis, 4 April 2013

bahulu cermai perisa nenas n strawberi as a door gift 4 wedding..


untuk tatapan uolls projek door gift wedding Cik Wahida, sekarang dh Puan untuk majlis perkahwinannya pada 23 Mac 2013. Semoga ikatan perkahwinan di rahmati olehNya selalu. bahulu cermai berinti strawberi n nenas jadi pilihan hati. NYummmm....

bahulu perisa pandan

saya update gambar bahulu pecah 8 perisa pandan request dari customer Bukit Tunggal Terengganu.. mmm sedap jugak kan perisa pandan.gambar serupa aje ngan bahulu original, bezanya jika uolls order sekarang, ...mmmm korang bile lagi nak try bahulu keluaran kami.. Jangan ragu2 lagi terus call @ sms kami untuk tempahan. sayang uolls.:>

Rabu, 3 April 2013

Parlimen telah dibubarkan oleh PM.....3.4.2013....PRU 13

Sebentar tadi PM telah membuburkan Parlimen bagi membolehkan Pilihanraya kali ke 13 dapat dijalankan. Kami di Homemadebahulu berharap semua dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi....buatlah pilihan tepat mengikut pandangan masing-masing, jangan lupa oder bahulu dengan homemadebahulu.

Rabu, 13 Mac 2013

pelbagai jenis roti..

pelbagai jenis roti
roti coklat
ban kosong @ roti paung
pizza
crab...
projek hujung minggu... selesai untuk makan/ minum petang bersama family..

Selasa, 5 Mac 2013

bahulu cermai berinti nenas n strawberi dlm senarai menunggu......

tinggal 2 minggu lg untuk tempahan cermai berinti nenas n strawberi untuk rakan yg nk naik pelamin.. dharap kesihatan dan komitmen memberi yg terbaik dikurniakan Allah. In Sha Allah. kami buat yang terbaik. tungguuuuuuu....:>

Sabtu, 2 Mac 2013

Lahad Datu, Sabah

Buat wira-wira Negara yang menjaga kedaulatan Negara, Al-Fatihah buat mereka yang terkorban di dalam krisis di Lahad Datu, Sabah. Jasamu sungguh bermakna buat Negara. Semoga roh mereka ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Buat keluarga mereka, harap bersabar, redhalah apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui yang terbaik untuk kita. Ihklas daripada homemade bahulu.

Rabu, 20 Februari 2013

kotak doorgift sudah tersedia

untuk bahulu pecah 8


jom order bahulu beserta kotak. dengan harga yang berpatutan saya jamin anda akan puashati. boleh pilih mane2 mengikut pilihan hati. terdapat banyak pilihan kotak disediakan. tempahan bahulu bersama kotak hendaklah dibuat seawal 3 minggu sebelum tarikh majlis bagi memudahkan tempahan kotak dari suplier. tq..

Selasa, 19 Februari 2013

Majlis Perkahwinan di Terengganu, Kelantan atau di Pahang...... tempahan dibuka sekarang

tengok kalendar bulan Mac pasti ramai akan menghadiri majlis perkahwinan semasa cuti sekolah. tidak kiralah majlis perkahwinan sendiri, kenalan, adik- beradik atau sedara mara. manakan tidak, masa inilah dapat berkumpul sesama ahli keluarga atau melapangkan masa untuk merapatkan silaturahim sesama kite. Jadi tunggu apalagi kepada yang terfikir door gift ape yang sesuai, meh tempah bahulu dari Homemade Bahulu sebagai tanda ingatan kepada tetamu yang hadir. mungkin ia tidak sebagai perhiasan tetapi turut berkongsi kelembutan dan keenakannya semasa menjamunya..

Khamis, 14 Februari 2013

kuih tradisional terengganu.............bahulu cermai kembali


inti nenas
wah! lame sungguh rasenye x wat bahulu cermai nie.. bukan x nak buat tp masih menuntut cara terbaik untuk present. Alhamdulillah..akhirnya menjadi gak. so, inilah die bahulu cermai yang kami dah pun persembahkan pada customer, Kak Siti yang tempah untuk kenduri kawin adiknye. die kate habis licin anak-anaknye makan..x percaya?? heh! cubelah!!.
tp bile ida wat n kasi ank2xx makan habis licin gak tp favourite ank2xxx yg ada inti coklat aje..


inti coklat + inti nenas + original

Ahad, 10 Februari 2013

Selamat Tahun Baru Cina

siap bungkus dalam plastik
siap susun dalam kotak



Kami di homemade Bahulu mengucapkan selamat Tahun Baru Cina.............cuti Tahun Baru cina banyak kenduri kahwin.........syukur dapat juga tempahan bahulu. Peminat bola sepak jangan lupa tengok aksi Nazmi faiz nanti dalam pasukan PKNS FC

Terima kasih kepada Kak Siti (Kg Atas Tol) coz yakin kepada pengeluaran bahulu kami.

Ahad, 3 Februari 2013

mahu perisa baru????

semasa membeli belah barangan membuat bahulu, ternampak plak di deretan perisa... red bean paste. so saya beli untuk wat R & D.. mlm tue wat sample cup berinti kacang merah dan bile saya rase..mmmm not bad.. sedap gak.. nak try???? anytime can call me.. kalau duk area Kuala terengganu saya boleh kasi sample untuk rase percuma...

tempahan dr jururawat Hospital Kuantan

pandangan atas bahulu pecah 8
pandangan sisi

bahulu cup berinti coklat

siap sudah... terima kasih kepada Yati atas keyakinan kepada Homemade bahulu.. Kali nie Yati tempah untuk meraikan rakan sekerjanya di Hospital Kuantan.

cupcake vs bahulu?????


bahulu cup berinti coklat

meh try bahulu berinti kami? sedara2xx yang dah makn confius.. wat cupcake ke skang ni???? eh! x..yg tue bahulu.. mmm... boleh cube sendiri..untuk kepastian. ape yang penting cupcake @ bahulu pasti ade peminatnye yg tersendiri..