Isnin, 31 Disember 2012

Gambar Perkahwinan Apek & Lueniey





 kredit gambar untuk BuahMulut.

Khamis, 27 Disember 2012

Dunia hiburan sekarang.............

Mazidul Akmal Sidek & Siti Fazurina Mohd Amir @ Fazurina merupakan artis tempatan. Mereka mempunyai kesamaan tapi kelainan iaitu satu dituntut mohon maaf, manakala satu lagi mohon maaf. Tapi apapun jom oder bahulu daripada Homemade Bahulu..........

Isnin, 24 Disember 2012

Bahulu cup kismis dalam balang

Kami juga jual bahulu cup kismis dalam balang. Comelkan!! kalau di Sabasun korang boleh dapat dengan harga RM 4.49 (20 biji ) . Bahulu ni tahan lama hampir 2 minggu dan rasenye still same, ditambah kelembutannya..... ank2 pun suke sbb ia cute n sedap...

sangkut lagi dek kerana banjir...

semalam sampai rumah hampir jam 9.00 malam. air mula naik dan melimpah di lampu isyarat UMT menghala ke Kg Pak Tuyu sejak 6.00 petang ( informer maklum) kami sampai di situ hampir kul 7.15, tengok kereta banyak yg U-turn, kitorg pun ikut tp masuk masjid Sultan Zainal Abidin.g solat magrib dulu...lepas solat, kt paking masjid hubby tengok cm ade gak keta yg redah banjir td coz nmpak cahaya lampu keta, jd amik kep utk try redah. sampai kt simpang UMT, alamak igt sikit airnye tp dh tinggi yg amat. kitorg perhati dulu lori redah ngn keta wira follow belakangnya,  tp saya rase cm x confiden sbb bukn sikit nk harung air tue.. ishh!! stop kt lampu isy tue n bincng nk redah ke tak? rase2xx korang redah @ x ????????...........................kami amik keputusan pusing balikla..balik ikut jalan tepuh..walaupun kene patah balik n jauh sikit, Alhamdulillah sampai gak akhirnya kami ke rumah dan amik ank2xx kt umah kakak ipar. 2 org dh tido tinggal si bujang setia menunggu kepulangan kami. Sayang ank Umi ..mmmuahhh. sampai umah amik lg sorang ank bujang kt umah mak...tersengih2xx x tido lg..

Ahad, 23 Disember 2012

Siap dibungkus....

Inilah hasilnya bahulu pecah lapan yang siap dibungkus.. kene tunggu sejuk dulu baru boleh dibungkus..

Jumaat, 21 Disember 2012

Tempahan Bahulu Cup Berinti

Awal pagi homemadebahulu terpaksa bergerak bandar Kuala Terengganu, untuk menghantar tempahan Kak Ita. Kak Ita tempah Bahulu Cup berinti Strawberry, Blueberry dan coklat chip.Bahulu tersebut kak ita nak bawa balik ke Batu Pahat, Johor.Itu yang terpaksa hantar awal pagi, sebab pagi ini dia orang baru bergerak. Moga Kak Ita selamat sampai ke Johor dengan selamat. Maklumlah sekarang nie musin tengkujuh dan hujan tiap-tiap hari.
               Tapi yang menarik kami sekeluarga sempat lagi bermain di Pantai Batu Buruk selepas hantar tempahan Kak Ita di Jalan Panji Alam, Kuala Terengganu. Seronak tengok anak-anak bermain di Pantai Batu Buruk. Jom datang Terengganu.........banyak tempat menarik. Nanti kami akan masukkan gambar.

Khamis, 20 Disember 2012

Hujan......Ohhh Hujan

Homemadebahulu ingin berkongsi, kat Terengganu nie, tempat kami beroperasi.......sudah beberapa hari hujan, terutama waktu pagi....tapi syukur belum banjir lagi......musin hujan nie kalau makan bahulu keluaran homemadebahulu, lebih-lebih lagi makan bersama air tea o' atau kopi o' panassss, pasti terasa sunggup sedap.....apalagi cubalah rasa. Kalau nak makan bersama air, kami cadangkan bahulu pecah lapan.

Isnin, 17 Disember 2012

Ingat Bahulu......Ingat HOMEMADE BAHULU

Kami di Homemade Bahulu terkejut tentang peristiwa amuk Adam Lanza, 20. Apapun kita lupa sekejap pasal amukkan Adam Lanza di sebuah Sekolah Rendah, di Amerika Syarikat. Homemade Bahulu ingin kongsikan gambar Bahulu Pecah 8. Ini merupakan rutin biasa di Homemade Bahulu. Bahulu Pecah 8 tersebut untuk di hantar ke Sabasun HyperRuncit Sdn. Bhd.Nak tahu....kalau di Terengganu ini, Sabasun HyperRuncit adalah sebuah super market yang terkenal dengan Harga Murah (Muroh Sokmo). Kalau pergi sana jangan lupa, dapatkan Bahulu Pecah 8.

Ahad, 16 Disember 2012

Bahulu Pecah Lapan

Rasailah kelembutan dan keenakan bahulu pecah lapan yang asli. Sesuai dimakan bersama keluarga atau untuk pelbagai majlis atau sebagai doorgriff untuk teman-teman atau saudara. Untuk lebih menaraik, pihak kami ada menyediakan khidmat bungkusan mengikut citarasa anda.

Bahulu Cup Berinti

Contoh Bahulu Cup
Kami membekal bahulu cup berinti Strawberry, Blueberry, Nenas, Coklat & Coklat Chip dalam pelbagai saiz. Bahulu cup sesuai untuk pelbagai majlis atau makanan kegemaran anak-anak anda.