Isnin, 29 April 2013

pelbagai bahulu sempena majlis perkahwinan ... cuti sekolah hampir tiba

Masih mencari apa nak diberi sbg doorgift?? x yah susah2x pk... oder bahulu ngan kami.. pasti tetamu akn suka dgn keenakan & kelembutannya.. hanya di Homemadebahulu... heh! memang kene promote our product.. sy sendiri sukkn tekstur n rasenye...

cuti sekolah bakal menjenguk... kami masih lg membuka tempahan !!!! cepat..jgn tunggu lg... dlm senarai ialah bahulu pecah 8 pelbagai perisa... perisa oren, pisang n blueberry. Siap ngan kotak yang direka dgn begitu cantik sekali. uolls bo pilih bahulu ape yg dipkrkan berkenan di hati.

ok! check it out!:>

Ahad, 21 April 2013

Penamaan Calon PRU 13......Jom oder Bahulu

Semalam atau 20 April 2013, proses penamaan calon telah berjalan dengan sempurna. Kami di homemadebahulu mengucapkan syabas kepada semua calon PRU 13 dan bermulalah kempen pilihanraya. Jangan lupa keluar mengundi pada 5 Mei 2013....tunaikan tanggungjawab anda.....buatlah pilihan mengikut pilihan hati masing-masing....jangan lupa jom oder bahulu dengan kami atau di homemadebahulu.

Jumaat, 12 April 2013

PRU 13.......JOM PAKAT KELUAR MENGUNDI PADA 5 MEI 2013

PRU 13....semua warganegara yang berkelayakan dan layak mengundi.....jangan lupa tunaikan tanggungjawab anda.......jom pakat mengundi pada 5 mei 2013......undi-undi juga....bahulu jangan pulak lupa oder....heeeheeee

Ahad, 7 April 2013

bahulu perisa oren, nenas, pisang dan pandan

kami di Homemadebahulu bersedia menerima tempahan bahulu berperisa. perisa yang cukup mendapat sambutan ialah perisa oren, nenas dan pisang. tunggu apa lagi, call kami sekarang n anda akan berpuashati dengan rasanya yang sungguh sedap dan teksturnya yang gebu..NYummm...

Khamis, 4 April 2013

bahulu cermai perisa nenas n strawberi as a door gift 4 wedding..


untuk tatapan uolls projek door gift wedding Cik Wahida, sekarang dh Puan untuk majlis perkahwinannya pada 23 Mac 2013. Semoga ikatan perkahwinan di rahmati olehNya selalu. bahulu cermai berinti strawberi n nenas jadi pilihan hati. NYummmm....

bahulu perisa pandan

saya update gambar bahulu pecah 8 perisa pandan request dari customer Bukit Tunggal Terengganu.. mmm sedap jugak kan perisa pandan.gambar serupa aje ngan bahulu original, bezanya jika uolls order sekarang, ...mmmm korang bile lagi nak try bahulu keluaran kami.. Jangan ragu2 lagi terus call @ sms kami untuk tempahan. sayang uolls.:>

Rabu, 3 April 2013

Parlimen telah dibubarkan oleh PM.....3.4.2013....PRU 13

Sebentar tadi PM telah membuburkan Parlimen bagi membolehkan Pilihanraya kali ke 13 dapat dijalankan. Kami di Homemadebahulu berharap semua dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi....buatlah pilihan tepat mengikut pandangan masing-masing, jangan lupa oder bahulu dengan homemadebahulu.

Rabu, 13 Mac 2013

pelbagai jenis roti..

pelbagai jenis roti
roti coklat
ban kosong @ roti paung
pizza
crab...
projek hujung minggu... selesai untuk makan/ minum petang bersama family..

Selasa, 5 Mac 2013

bahulu cermai berinti nenas n strawberi dlm senarai menunggu......

tinggal 2 minggu lg untuk tempahan cermai berinti nenas n strawberi untuk rakan yg nk naik pelamin.. dharap kesihatan dan komitmen memberi yg terbaik dikurniakan Allah. In Sha Allah. kami buat yang terbaik. tungguuuuuuu....:>

Sabtu, 2 Mac 2013

Lahad Datu, Sabah

Buat wira-wira Negara yang menjaga kedaulatan Negara, Al-Fatihah buat mereka yang terkorban di dalam krisis di Lahad Datu, Sabah. Jasamu sungguh bermakna buat Negara. Semoga roh mereka ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Buat keluarga mereka, harap bersabar, redhalah apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui yang terbaik untuk kita. Ihklas daripada homemade bahulu.

Rabu, 20 Februari 2013

kotak doorgift sudah tersedia

untuk bahulu pecah 8


jom order bahulu beserta kotak. dengan harga yang berpatutan saya jamin anda akan puashati. boleh pilih mane2 mengikut pilihan hati. terdapat banyak pilihan kotak disediakan. tempahan bahulu bersama kotak hendaklah dibuat seawal 3 minggu sebelum tarikh majlis bagi memudahkan tempahan kotak dari suplier. tq..

Selasa, 19 Februari 2013

Majlis Perkahwinan di Terengganu, Kelantan atau di Pahang...... tempahan dibuka sekarang

tengok kalendar bulan Mac pasti ramai akan menghadiri majlis perkahwinan semasa cuti sekolah. tidak kiralah majlis perkahwinan sendiri, kenalan, adik- beradik atau sedara mara. manakan tidak, masa inilah dapat berkumpul sesama ahli keluarga atau melapangkan masa untuk merapatkan silaturahim sesama kite. Jadi tunggu apalagi kepada yang terfikir door gift ape yang sesuai, meh tempah bahulu dari Homemade Bahulu sebagai tanda ingatan kepada tetamu yang hadir. mungkin ia tidak sebagai perhiasan tetapi turut berkongsi kelembutan dan keenakannya semasa menjamunya..

Khamis, 14 Februari 2013

kuih tradisional terengganu.............bahulu cermai kembali


inti nenas
wah! lame sungguh rasenye x wat bahulu cermai nie.. bukan x nak buat tp masih menuntut cara terbaik untuk present. Alhamdulillah..akhirnya menjadi gak. so, inilah die bahulu cermai yang kami dah pun persembahkan pada customer, Kak Siti yang tempah untuk kenduri kawin adiknye. die kate habis licin anak-anaknye makan..x percaya?? heh! cubelah!!.
tp bile ida wat n kasi ank2xx makan habis licin gak tp favourite ank2xxx yg ada inti coklat aje..


inti coklat + inti nenas + original

Ahad, 10 Februari 2013

Selamat Tahun Baru Cina

siap bungkus dalam plastik
siap susun dalam kotak



Kami di homemade Bahulu mengucapkan selamat Tahun Baru Cina.............cuti Tahun Baru cina banyak kenduri kahwin.........syukur dapat juga tempahan bahulu. Peminat bola sepak jangan lupa tengok aksi Nazmi faiz nanti dalam pasukan PKNS FC

Terima kasih kepada Kak Siti (Kg Atas Tol) coz yakin kepada pengeluaran bahulu kami.

Ahad, 3 Februari 2013

mahu perisa baru????

semasa membeli belah barangan membuat bahulu, ternampak plak di deretan perisa... red bean paste. so saya beli untuk wat R & D.. mlm tue wat sample cup berinti kacang merah dan bile saya rase..mmmm not bad.. sedap gak.. nak try???? anytime can call me.. kalau duk area Kuala terengganu saya boleh kasi sample untuk rase percuma...

tempahan dr jururawat Hospital Kuantan

pandangan atas bahulu pecah 8
pandangan sisi

bahulu cup berinti coklat

siap sudah... terima kasih kepada Yati atas keyakinan kepada Homemade bahulu.. Kali nie Yati tempah untuk meraikan rakan sekerjanya di Hospital Kuantan.

cupcake vs bahulu?????


bahulu cup berinti coklat

meh try bahulu berinti kami? sedara2xx yang dah makn confius.. wat cupcake ke skang ni???? eh! x..yg tue bahulu.. mmm... boleh cube sendiri..untuk kepastian. ape yang penting cupcake @ bahulu pasti ade peminatnye yg tersendiri..

Ahad, 27 Januari 2013

TAHUN 2013 MERUPAKAN TAHUN MELAWAT TERENGGANU DARUL IMAN

Selamat Datang Ke Terengganu............"Negeri Cantik, Budaya Menarik" itulah slogan yang diberi. Tidak dinafikan Negeri Terengganu merupakan antara Negeri Tercantik....lihat saja pulau-pulau, pantai berpasir yang putih, air terjun yang cantik lagi menyejukkan.....kata orang, ini dia Negeri Cantik, Budaya Menarik......apa lagi, jom datang Ganu...Ganu Kite sempena Tahun melawat Terengganu 2013. Banyak aktiviti menarik menanti anda semua. Kalau dah datang Ganu tu, oder lah bahulu di Homemade Bahulu.

Rabu, 23 Januari 2013

saje suke-suke....

ini rupenye bahulu untuk makan sendiri... ini yang last kaut...kalu nak dijual x berapa sesuai sbb tekstur dh kurang lembut.. so kite tmbhkn perisa ikut suke...n jd bekal ank2 pegi sekolah...hmmmm.. sedap jugak.. strawberi + coklat..




Selasa, 22 Januari 2013

Pelbagai Bahulu Untuk Di Tempah


Kami di Homemade Bahulu mempelawa semua peminat bahulu untuk membuat tempahan bahulu dengan kami terutama peminat-peminat bahulu di Pantai Timur, iaitu Terengganu, Pahang & Kelantan. Kami di Homemade Bahulu lebih kepada pengeluaran bahulu Pecah 8 & Bahulu Cup berinti Strawberry, Blueberry,Coklat & Nanas. Dua jenis bahulu tersebut banyak menerima tempahan untuk pelbagai majlis seperti majlis aqiqah, sambut menantu, harijadi dan sebagai door giff untuk kawan-kawan. Apa lagi .......jom order Bahulu dengan kami.....pasti puas hati.