Selasa, 25 Mac 2014

#DOA & PRAY Penumpang MH370

Buat penumpang MH370 daripada kami di homemadebahulu

Isnin, 24 Mac 2014

bahulu ...bahulu..bahulu....

Alhamdulillah.. selesai sudah permintaan dari 5 customer. bermula 16hb sehingga 23hb Homemade bahulu terus menerus memasak pelbagai jenis bahulu. stat dengan bahulu oren, kemudian bahulu original + perisa pisang+ perisa pandan+ perisa oren dan akhir sekali bahulu original. Sambil-sambil menyiapkan bahulu pecah 8 sempat juga menyiapkan oder bahulu cermai original dan berinti dari orang kampung. Alhamdulillah... tapi maaf tiada gambar sempat dirakamkan.

Khamis, 13 Mac 2014

Perjuangan baru bermula...

Alhamdulillah bersyulur ke hadrat Illahi.. Meskipun usia perkhidmatan kami belum sampai sedekad namun kepercayaan dan sokongan anda terhadap Homemade Bahulu sangat-sangat kami hargai. Semoga bisnes Bumiputra Islam dapat dikembangkan dan dimanfaat kepada masyarakat sekeliling. Alhamdulillah kerana kami juga bersedia untuk meningkatkan pengeluaran dengan bertambah nya mesin dan oven baru untuk menampung permintaan yang tinggi terutamanya di musim cuti sekolah..... Alhamdulillah.. Alhamdulillah... Alhamdulillah.

Homemade Bahulu berehat dari emel @ interaksi telefon..

Kami di Homemade bahulu berehat dari beremel @ interaksi telefon mulai Ahad ini. Bukan aper kami sedang bertungkus lumus menyiapkan oder customer di mana tarikh majlis sangat dekat antara 1 sama lain. Walaubagaimanapun hanya satu talian sahaja boleh dihubungi buat masa ini iaitu En. Hairil (017-3218851).  In Sha Allah 23hb talian akan beroperasi seperti biasa.

Harap maklum.